OMG, this is super great!

Followers

Berapa orang datang bertandang??

Saturday, January 28, 2012

Officially 20.

I'M 20 AND I KNOW IT 
*nyanyi ikut rentak LMFAO I'm Sexy and I Know It*

Hi, I'm back! After so long without any mengarut updates, now I'm back uols. I'm back and I'm 20.*macam lah tinggal blog 10 tahun kecoh je lebih dey*
Why so long without any updates? Well, terkezut zugak I bila ada orang tanya-tanya jugak pasal blog ni, I thought no one cares, no one's reading my blog. baru ingat nak sign off and deactivate terus.*tipu

Why tetibe kecoh dah 20? Sebab 18 Januari 2012 dah lepas. tsktsk dah tua.
Bila umur dah menjangkau 20 tahun ni, saya flashback balik apa yang jadi sejak-sejak saya ingat-ingat lupa apa yang pernah jadi dalam masa 20 tahun ni. So, here are:
some random notes after reaching 20:


Hello, miss 20.
20?! Yep. Saya 20. Agak pelik bila orang tanya "Your age?" and sekarang kena jawab dengan gaya tersipu-sipunya "Dua puluh.". Dulu-dulu dah boring dah 9 tahun kau asyik jawab belas belas belas. "sebelas tahun. Dua belas tahun. Tiga belas tahun" Boring tahu tak boring. *eleh padahal manada kau jawab macam tu, standardnya kau jawab Darjah 4, darjah 5, Form 1, 2,3. hiks*

Any party?
18 January, secara rasmi dah bergelar 20 tahun. Takde farewell party, takde kek, hadiah ada lah sikit-sikit, tapi takpe cos saya rasa saya dah tak sesuai nak pasang belon satu rumah, beli kek garfield dengan tulisan "Happy Birthday" then beli lilin 10 batang susun atas kek dimana merosakkan kek garfield, then paksa orang kat rumah masak nuggets, keropok bentuk ikan, Mihun goreng, lepas tu semua susun meja dekat luar rumah, dengan kerusi siap untuk orang duduk, lepas tu jemput semua orang dari kawan-kawan kerja umi sampai sanak saudara sekampung, then orang datang tersengih macam kerang busuk nak tengok orang bawak hadiah ke tak. Kalau nampak hadiah kecik, alaaa.. Keciknya! Nampak hadiah besar mata bersinar-sinar. (padahal dalam hadiah besar tu rupanya towel mandi je.. Kahkahkah sape la dulu bagi hadiah paling besar tapi towel je, ingat Pateng?sobs T_T 


Nostalgia 1 
Tapi dulu-dulu my birthday celebration selalu best, sebab apa? Sebab seingat-ingat dulu adalah time dimana Aidilfitri selalu jatuh pada bulan January, and then seronoklah mencuri peluang (semua sedara ada beb dapat hadiah banyak!) mengada mintak kat Ayah, nak sambut birthday sambil sambut raya. Bayangkan hari jadiku ada ketupat rendang, nasi dagang then hadiah wajib dapat. Tapi itu dulu lah, sekarang hampeh nasib tak menyebelahi, Hari Raya makin lama makin jauh dari January, mula-mula Dec, then Nov, then Oct. *kira berapa tahun lagi sampai nak mengulang January balik. 


Nostalgia 2
And dulu... Oleh kerana cuti panjang zaman dulu selalunya from December menjangkau ke January... So, routine tahunan saya selalunya balik Sabah. So, kerana dasar budak-budak tak matang, birthday party tu penting, balik Kelantan terus nak celebrate. So Ayah pulak bukan main, dia beli hadiah banyak-banyak, bungkus siap-siap then simpan dalam bilik (entah kenapa perlu beli banyak?). Then bila balik rumah (after 1 bulan or lebih berseronok di Sabah), dari turun aeroplane tu tak sabar nak cepat-cepat sampai rumah nak tengok berapa banyak hadiah yang Ayah kumpul. Ceitt. -_-  hadiah pulak mengarut-ngarut, salah satu ingat lagi Ayah pernah bagi CD collection.. Semua movies, tapi bukan citer budak-budak, citer yang memang untuk sape2 layan pon boleh. So, secara tak rasmi CDs tu semua jadi hadiah untuk family. T_T tapi tak kisah cos hadiah lain banyak. 


Nostalgia 3
And then dulu setiap kali birthday, kena main suap-suap dengan sepupu-sepapat. Mengada betul, walaupun malu-malu tapi tetap suap menyuap. Lagi sadis bila birthday kita, tapi pakat pakai baju jenis sama je 2,3 orang. geng la konon Tapi.... Yang menghairankan, puas geledah kat mana gambar-gambar zaman selalu celebrate birthday tu? Tak jumpa woi. 


Present tense. 
Now, bila dah makin tua.. Birthday party beransur-ansur berjaya dimansuhkan dari hidup.. Mula-mula dari buat Birthday Party macam nak kenduri je lagaknya dengan panggil kawan, jiran bagai.. Beralih ke makan-makan family. Selalu buat BBQ kat Pantai or belakang rumah Pateng dulu. BBQ Seafood. *Rindu wuu T_T Then agaknya golongan mak bapak makin tua ni, makin dorang malas nak kedapur. Birthday memadai dengan Beli Kek(atau pun tanpa kek), dan hanya pergi ke Restaurant segera untuk makan, melantak, dan chow. Pon bolehlah. Tapi Birthday ke 20, saya dapat free live show Ayah nyanyi lagu "Allah Selamatkan Kamu" ala-ala cerita P.Ramlee.. (nampak sangat dah makin veteran) Tapi takpe, saya tak kisah. 

Hmm. 


WishLists.


Dayana Nur

Excuse me, who's Aweeesya?
*See this girl, I've played such an important role in her life just like her in mine. Thank God for this awesome bff. Teman sekelas, teman melantak, teman gossiping, teman gelak, teman menyedih, teman sama-sama frust sebab.... (YOU-KNOW-WHY DAYANA), and also teman sama-sama re-motivate ourselves for forever(IF YOU GET THIS DAYANA) and many more. You know I love you and I'll never leave you.




Meme Muhamad

Meme Muhamad is using my pic. Jangan salah anggap ingat aku post sendiri kat wall aku. 
*See, it's clearly to see who loves me the most.. kan? "I NEVER EVER EXPECTED IN MY WILDEST DREAM I WILL EVER MET SOMEONE LIKE YOU" Thanks Meme for this sweetest words! You rock! So, I quote this because I think I can copy this sentence for my future boyfriend. BAHAHAHAHAH! This girl is like a spirit that will never die, she's everywhere. Keep haunting me and will never leave me. You know no words can describe us cause we got that sisterhood-bond that will never break. :P oh.. why did I write this. hehe




Intan Liyana




Ni mangkuk nyanyuk yang selalu paling lambat wish birthday! She made a virtual present for me. How sweet la jugak. :P I miss this crazy girl, I miss those times when I can see her awake till 5a.m because of watching Japan/Korea gameshows T_T (I usually sleep at 11/12 a.m  and always awakened from my sleep for several times and she was still there, with eyes opened, and laughing alone at 5a.m) 


 Nice... But Where's my A?


*Ni mesti si kecik Alisya or Sofea punya kan? T_T




Nur Dania




BUKAN MAIN HANTAR GAMBAR MAKANAN. 
*Takde keje lain makan,makanan, makan, makanan. Oh ni sepupu aku, teman berjoget, teman melantak, teman pegi check label makanan kat market, teman masak memasak, teman "BRING IT UP"! kehkehkeh :P Yang kena tutup tu rahsia kerajaan. Sila gores kalau nak baca. Thanks Dania, of course. Nak gak kurus. Takkan kau kurus sorang.. Ini tak adil. 


Faten Salma


Pateng wish birthday saya dengan ayat agak sayu, kesian dia sedih time birthday saya. Oleh sebab sehari dapat free call, terus call pukul 3 pagi. Meraung maut pompuan tu, kesian. Chill beb, something good is about to happen on you. 


Thanks Pateng, dia bagi saya Anak Naga..  I wonder is this a birthday present or a Chinese New Year Present? *kan tahun ni tahun Naga? :D




A baby dragon with 'Hepi B'day Ariesya' tattoo on his tummy! tapi.. Ada rupa Anak Naga ke? :P Thanks Pateng.. for this yellowish baby dragon..


Mak Meme


Dalam ramai-ramai yang wish, Mak Meme yang paling advanced. Dia siap MMS Video lagi buat sayewww. Dua lagituwww. Hahaha Dah lah tu, a day before saya dapat 'Colek Handmade'. So, leh considered as my birthday present from Mak Meme. hahaha Thanks MakCik, you're the best! 








*Colek or sos. Sos Makcik memang terbaik I tell you, kalau watak utama macam popia, keropok lekor makan dengan colek ni memang perghhh. 


So far, my whole 20 years life time had been great, I've been blessed with everyone around me. Great friends, great family, great people. Cakes, Candles, Party, Presents are nothing compared to what I've had in my life. I really thank God for this precious gifts that he gifted.  I wouldn't ask anything from God, but for these amazing people to stay in my life forever. And if He wants to give me more, I am here with my wide heart and hands open. :D


LOVE YOU GUYS. 


P/S : Sorry, just some of friends yang included. Yang lain pun, big thanks for your wishes and doa(s). 




BYE. 


Add-on : You know my first dream after reaching 20 kan, it was about a boyfriend. I got a boyfriend and we're so in love. But my boyfriend's not wearing any baju and wearing a red pant. Apakah makna tersirat di sebalik mimpi itu? OH I'M SCARED. 

Sunday, October 2, 2011

Resipi Ayam Beryani Cincai Suka Hati 10 Minit Masuk Oven Siap!


Apabila anda bangkit dari katil pada waktu tengahari dan terasa lapar? Dan boring melihat ikan goreng dan cucur udang yang sudah sejuk di bawah tudung saji, dan merasakan bahawa itu adalah hidangan mengarut pada pukul 1 tengahari, jadi usah gusar gundah dan gulana. Kerana saya di di dalam segmen rancangan Mari-Mari Menjahanamkan Dapur Bersama Ariesya Nadhira akan berkongsi cara untuk menikmati Ayam ala-ala beriyani yang boleh disediakan tak sampai 10 minit. (ceh ceh ceh) :B

Samekom. Semalam saya tido lewat. Jadi secara logiknya saya akan bangun lewat jugak. Oleh kerana takde hal nak buat selain memberi makanan kepada kucing tapi tu saya tak buat pon takpe kerana Kakbik ada untuk memberi makhluk itu makan. Jadi pabila bangun terasa mau makan benda segar. (ceh kau bangun kul 1 then nak makan benda segar apa nya) .

Okay, entry ni bukan pasal saya yang bangun tengahari kerana tido pada pukul 6.30 pagi. Tapi entry ini adalah berkisar cara untuk memasak dengan cepat, tangkas dan bermutu. Dan saya dah berjaya memasaknya tadi (hurrahh tepuk tangan)

So masakan ini dinamakan Ayam Beriani Cincai Sesuka Hati Masuk Oven Siap. (Panjangnya kau bagi nama dia Jah).

So ini adalah bahan-bahannya :

Beberapa ulas bawang putih secukup rasa.
Beberapa ulas bawang merah secukup rasa.
Cili hidup. sesuka hati. Nak pedas tambah lagi.
Ayam . Kuantiti pun sesuka hati.
Bawang Besar pun sesuka hati kau lah.
Dan, perencah Beryani segera Meggi.
Material untuk memasak pulak adalah Pisau, Oven, Blender.

*apasal semua sesuka hati. Deyyy, sebab tu nama dia Ayam Beriani Cincai sesuka hati*

Mula-mula sediakan bahan-bahan memasak. And then silalah blend bawang putih, bawang merah, cili hidup dan perencah. Kalau rasa nak kuah, letak air lebih if tak nak, letak jugak tapi sikit ye. Yang ini tak sampai 3 minit siap.


Geng-geng bawang yang telah diblend bersama Seuntai Cili dan serbuk perencah Beryani Meggi. 



Bawang besar pula sila potong panjang-panjang. 

And then sediakan ayam, Potong lah mengikut bentuk suka hati. Ikut gaya kreativiti masing-masing. Kalau boleh jangan ikut cara potongan saya jika anda tak nak mendapat jelingan tajammaut mak mertua nanti. Nguahahaha. Oleh kerana saya ‘pakar’ potong memotong masa yang diperuntukkan tak sampai 5 minit untuk potong ayam.(padahal kesian Ayam tu lepas potong tak nampak macam ayam dah. Paham-paham je la bila perkataan ‘Pakar’ dalam pengikat kata kan)



Sebelum. 


Selepas. 



Hekhekhek menipu. Ini adalah gambar hiasan semata-mata takde kena mengena dengan resipi masakan ini langsung okay. :B



Lepas potong, dengan kadar segera curahkan bahan-bahan yang kena blend tadi ke dalam bekas ayam dan sila perapkan untuk beberapa ketika. (orang cakap makin lama perap makin sedap. Tapi saya perap tak sampai 15 minit pon)


Nasib lah aku guna bekas tempat AisKrim yang direcycle kan oleh Umi untuk perap ayam. Warna biwu lagiw tuew. 



Saya perkenalkan, perencah yang banyak membantu iaitu Perencah Beryani Segera Meggi. (Wuuu tepuk tangan untuk encik perencah kerana memudahkan kerja saya sekaligus membolehkan saya menikmati lunch ala-ala mamak)


Selepas perap sila masukkan ke dalam oven yang dipanaskan dan sila masak di dalam ketuhar selama 30 minit dengan temperature 190 darjah celsius. Lepas 30 minit. Taraaaaa. Boleh la nganga dan ngaps. Sedap dimakan begitu sahaja apa lagi bersama nasi.


Sebelum dimasukkan kedalam Oven. Bawang besar sila tabur sesuka hati di atas daging kucing ayam yang telah diperap. 

Okay senang kan? So Dayana silalah try. Yang ni is much-much easier than nasi goreng kau. Kalau tak nak masak dalam oven, dalam microwave pun boleh. Dan kalau terasa lemak tak mencukupi, sila goreng/deep fry di dalam kuali. Saya yakin bahawa digoreng mesti sedap jugak. Sesuai lah untuk sesiapa yang nak diet. Tak berminyak, kulit ayam jangan telan sudah. 


And total estimated times untuk masak semua ni dalam 40 minit. Hoi kau tipu orang kan Ariesya, cakap tak sampai 10 minit dah siap. Memang lah weiii, kau nak sedia bahan semua tu memang cepat tak sampai 10 minit. Yang jadi lama apabila pergi masuk dalam oven, jadi salahkan oven! :B

Dan sementara menunggu ayam masak ranum di dalam oven, boleh lah begembira bersama Supercow! (PC game budak-budak tadika) 

......
.....
.....

Okay dah masak. Mari bergembira. 

 *
* Tepuk tangan sambil bersorak *


Hi bakal mak mertua, sila jatuh cinta. 




Selamat Mencuba Tuan Puan! 

Okay I over, masak tak sampai 10 minit konon. 
BYE. 

Wednesday, September 28, 2011

Finally, dah habis dan dah sampai rumah.

Alhamdulillah, semua dah selesai(ceh padahal borang keluar kolej & clearance pun tak buat). dan dah berada di rumah. Barang-barang dah selamat angkut oleh my Ayah. Thank you Ayah sebab sanggup drive non-stop from kelantan to Kedah sumbat semua barang-barang penuhkan kereta then balik kelantan balik in a day! sedangkan kami melenggang bawak beggage 10kg then check in. then melenggang bawak beg laptop dan handbag sahaja. :B

My last paper was on Sunday, paper Law. and man, it was a total disaster I tell you. enough with the paper, let's proceed with the things I wanna share. 

So, actually setiap kali balik selalunya aku akan bersama my super roommate, Meme @ Mastura(yeww)! Kami mesti balik bersama-sama, sejak 1st sem di UiTM. maybe sebab kami tinggal senegeri so, untuk memudahkan mereka,  parents kami memang suruh kami bersama kemana sahaja berdua. And untuk last time balik bersama dari UiTM, kami balik dengan flight. (bersama lagi. memang tak kenal erti perpisahan. dengan Intan dah nangis-nangis drama petang Ahad tu hihi)

Kenapa mengada nak balik dengan flight bukan Ayah dah datang ambik ke naik kereta? Kenapa gedik pergi naik flight lagi? Dasar anak tak sedar diuntung, menyusahkan mak bapak..hihi :B Okay, here guys. plan asal was, Ayah datang ambik aku. then Ayah Meme pergi ambik dia. barang kami amatlah terbanyak nak mati. cubalah kira kami stay kat hostel, baju yang berlambak, stokin, beg, baldi dan sebagainya. 

Then parents Meme tak boleh datang nak ambik dia sebab takde cuti. Ye la takkan nak naik kereta sama-sama and sumbat barang lagi? Tak muat tak muat. Then takkan Ayah & Umi selfish nak datang ambik aku je then tinggalkan Meme menyedih sorang-sorang dowh? memang tak dowh. weh geli dowh wahaha. So lepas survey tiket firefly yang memang murah tahap maksima, apa lagi we grabbed the chances! then how about the barang-barang merepek? mula-mula ingat nak bagi Mak Cik cleaner kat kolej je semua barang but then my Umi called a few days before kitorang balik :

"SYA, NANTI AYAH DATANG AMBIK BARANG SYA DENGAN BARANG MEME SEKALI. BAWAK LAH BALIK BALDI, GAYUNG, HEATER, IRON DAN SEBAGAINYA TU" (so itulah alkisahnya)

Then Ayah pun datanglah on Sunday, after the last paper. Punggah barang-barang sampai penuh satu kereta woh. Then meninggalkan kami berdua di sana melambai-lambai sambil Meme cakap "Bye Uncle Handsome." <------- (Meme aku teringat pulak dialog time melambai-lambai Ayah aku :B

So petang tu, kami sempat merepek dengan buat lawatan sambil makan-makan kat town SP. Meme ajak keluar sebab dia cakap my condition was terrible after berdepan dengan paper Law. Kau jangan, jawab paper Law sampai rasa nak muntah. bukan sebab kau jawab banyak sangat,tapi sebab kau dah memulas otak tapi tak keluar jugak apa yang patut dijawab. akhirnya kau akan dapat symptom seolah-olah Culture Shock. hiks. 

Akhirnya, selepas melantak di Edo Ichi Sushi, Pizza Hut, French Kisses dan menonton Johnny English, aku kembali normal. Dahsyat beno anak-anak kamu ni Pak Roslane & Pak Muhamad. Itu belum campur lagi dengan anak Pak Azmi Ong & Pak Ilias. Oh ya, anak Pak Ghulam pun sama. (Ina jangan marah haa kau tau aku suka nama bapak kau sejak dahulu kala). Anak-anak Pak Azmi, Pak Ilias,  Pak Ghulam & lain2 awal-awal dah chow meninggalkan kolej. dasar takde semangat patriotik. (I mean Dayana, Ina & Intan

our last sushi in Sungai Petani. Eh, silap hari isnin tu datang lagi take away sushi. tapi tak makan, takde selera nak makan time kat airport. And then basi free-free je wuaaa T.T 

Macaroons from French Kisses Patisserie. I can't eat more than two. Too sweet.
Rasa nak muntah tapi Meme cakap tu symptom nak tinggalkan kampus. 
Lebih kurang macam homesick kot? :(



Our flight was on Tuesday, tapi kami memang mempunyai tabiat lepak airport dari malam sampai ke pagi. Sebabnya, kami malas nak kelam kabut pagi-pagi, malas nak bersiap pagi-pagi dan sebab nak usha mat saleh dan mat tak saleh. Eh? Meme tak boleh sebab dia dah double. Orang single macam Ariesya je boleh. :> gedik woi, kau je usha orang, orang tak pandang kau sebelah mata pun Ariesya, okay sedih. T_T

And ni bukan kali pertama buat kerja macam ni, memang selalu sangat dah macam ni. lepak airport beberapa jam. Then Meme mulalah buat-buat nostalgic . 

MEME : Sya, tak rasa sedih ke? 
ARIESYA : Sedih kejadah hape. 
MEME : Ye la last time kita kat airport, lepak-lepak overnight macam ni. kita kan selalu macam ni, sekarang dah habis dah. mesti dah tak macam ni dah. tak balik sama-sama dah. 
ARIESYA : Mana kau tau dah takde dah. Entah-entah duk area sama jugak. lek sudehh
MEME : Mana tau aku pegi Zimbabwe. 
ARIESYA : ..................... (Buat-buat takde perasaan) 

* Actually hari tu ada tersebut merepek angan-angan bahawa one day aku pergi study jauh-jauh then masing-masing rindu masing-masing konon? Kononnya sorang kat Birmingham(Aku), then Meme tercampak ke Zimbabwe muahahahaha* 

Pathetic young girls yang tersadai dekat airport. Ni gambar yang balik time raya. 

semalam. 

Last night. 

Bajet konon nak buat ala-ala gambar tumblr gambar separuh tapi tunjukkan rantai murah yang dah putus berapa kali tapi kerana daya kreativiti yang tinggi, berjaya sambung-sambung lagi. Tapi tak menjadi. ye saya tau. 


Then malam tu ramai pulak yang called. Mula-mula layan Dey yang sekarang kat UMT, buat luahan perasan kecewa and dengar cerita pasal boyfriend tak jadi bagai. Meletop Dey. And, yeay, Dey nak balik semata-mata nak lepak luang masa bersama. *Nama sebenar Dey ialah Hidayah* 

Lepas tu kena layan si Emo tetibe pulak. Haihs.
BYE

P/S: Rasanya this isn't goodbye yet, oleh kerana paper law punyalah disaster gilabab..nakmam.. jadi kami-kami (maknanya bukan aku sorang) berhajat dan bercadang untuk RESEAT paper dan mengorbankan RM100 untuk reseat paper LAW. jadi, I'll be in campus lagi yawww. Teruk sungguh bangga je cakap nak reseat. 

Wednesday, September 14, 2011

Entry Raya

Haiiii, maybe agak kelewatan untuk aku update. semua orang dah update pasal sambut raya hari tu tapi aku tak update-update jugak. tapi kan dah ada tunjuk baju raya kat last two previous entry? ala yang mula-mula control ayu seseorang then tetibe baru menyedari ada beberapa spoiler muncul dari 3 penjuru? haha btw sapa yang friends dekat facebook dah muak lah tengok agaknya(tu pun if you all tengok). tapi takpelah, mari kita update entry edisi raya kali ini. sambil tu boleh jugak nak promote-promote ahli keluarga dan sanak sedara sebelah Cik Siti Wan Kembang ni =) hehe

Sebelum tunjuk gambar, nak ucap selamat Hari Raya ke 
16!!
tak habis beraya lagi pon, so boleh la pegi mintak duit raya dengan jiran, kawan-kawan, lecturer, cikgu dan sape-sape je lah. oh ye, tahun ni dapat lebih la RM200. tak sangka dah tua pun dapat lagi, biasalah tu kan selagi bergelar student and single. okay doa banyak-banyak lagi supaya makin tua makin murah rezeki.. ada sapa-sapa nak tambah? takde?
FINE. 

So raya kali ni mengisahkan pasal makan-makan, ambik gamba, makan, pergi rumah tu makan, balik rumah bawak makanan, simpan dalam freeze, tengah malam makan. so alkisahnya, memang makan lah kan. so, jangan hairan kenapa Pipi jadi bola, tangan jadi pemukul bola, peha jadi bangku tempat tengok bola. ini semua kerana MAKAN! 

Jadi, raya first kita makan-makan kat rumah Che. Ingat Che? Kalau tak ingat boleh reflash balik kat entry ini  . Menu first day ialah Nasi Ayam Kak Limah. hehe kenapa Kak Limah? Sebab orang yang buat nama Halimah. So, okay tu nama Umi aku. So, Umi aku lah bertanggungjawab masak Nasi Ayam tu. Then second raya, makan kat rumah Mama, tapi tu catering Nasi Dagang. Nasi Dagang 2 gantang(tak tau la gantang tu camne). <--- Che yang order. tapi seriously, aku tak berapa suka Nasi Dagang, sebab dia macam pulut then berminyak then muak, walau bagaimanapun, makan tetap makan. sebab dah takde nasi putih, takkan nak mintak dengan jiran sebelah kan. Raya 1st & Second takde edisi gambar-bergambar sebab semua sibuk angkat dulang, basuh pinggan, makan-makan, salam-salam. 

Raya ke 3 pulak, makan Sate kat rumah aku! eh rumah mak ayah aku, hehe. Ni just nak kumpul-kumpul family and ambik gambar. tapi sate tu sedap, besar-besar. so, hari raya ke 3 baru ada gambar-gambar. yeay, moh mari kita layan gambar. 

So the first picture of us is, gambar family beramai-ramai.

 

Ada muka pejam la, ada yang tengah mengarah dengan seluar askar lah. Macam-macam =) 


Here comes the girls of our family.. ada yang takde. just sebahagian je la ye. 



Dari kiri eh : Yang tu cousin aku, nama dia Puteri Fatihana. Yang baju hitam tu Ariesya(aku), then tu Puteri Nadya and yang pakai tudung tu Pateng. Okay proper name, Faten =) Dania takde time ni, budak tu tengah sebok study, almaklumlah tiap tahun nak masuk Dean's List. 

 Nadya & Me.




Yang ni pulak the makciks of the house


 One happy family. Evan, Kak Hemy & Kak Limah. Cehh. tipu-tipu. ni Umi aku and cousinku, Hemy and husband dia? Orang putih? Yerppp. Mat saleh. 

Che and cucu & cucu Menantu. bahagia je Che eh?

Ariesya's grandma & Che's grandchild. <------ sengaja kasi pusing. 
Lagi sekali Che.
Okay dah habis sesi dengan Che. =) 

Ladies.  

Behind the scenes, actually kelam kabut.  


 Yang ni semua tak ready. Aku pandang bawah, Umi tunjuk apa ntah. 

 Tak ready jugak lagii. 

 
Some were ready, some were not. I'm always the one who ready to smileeeeee.  

 
 Okay, READY! KEKIRI.

 
KEKANAN. 


 Lepak lu sap kok lu. 
  
  
 


 Kak Hemy . 
  

Gambar Pateng sukati snap. 

Abang sepupu saya yang single and sedang mencari soulmate. Abang Redza




 kaki Umi sebok. 

My small beloved family & Evan

Banyak yee. Terpaksa edit camni. 

Gambar mereka. 


Candid part.  


Mix part. 


Raya ke 4, kat rumah Ayah Lie & Cik Rose, tapi tak ada gambar jugak. Malam tu ada BBQ tapi takde gambar. so gambar yang ada hanyalah ini. ni pun penat nak pilih nak upload. fuhh. 
Okay dah habis. Terima gambar terakhir


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN! kat pintu pun jadilah. 
p/s : Sorrylah tak sempat nak ambik gambar makanan kali ni. selalunya tak lepas gambar makanan pun kan. hahaha BYE